Ini lagi satu video yang saya lakukan untuk pertandingan Sitkom. Saya memang suka gila kat yogurt yeo's ni sampaikan dia dah menhantui hidup saya. Video ini khas saya buat untuk #SBB2015 dan semoga saya menjadi salah seorang pemenang untuk memenangi GoPro itu.
Memang bukan mudah nak cari idea. Semoga anda semua enjoy melihat semua penyertaan saya.
Hadiah Istimewa (Untuk 3 Pemenang)
GoPro Hero 4 Silver
Produk Yeo’s
GoPro Hero 4 Silver
Produk Yeo’s
10 saguhati
Produk Yeo’s bernilai RM50.
Produk Yeo’s bernilai RM50.
Antara kebaikan minuman yogurt.
Beberapa
strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt
dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah
mikrofora pencernaan. Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat
meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di
mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus
dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang
mengidap H. pylori infeksi.
Bagus
untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk
asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat
yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi
pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
Membantu
sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi
membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu
bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam
salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus,
menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di
samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
Menurunkan
kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L.
acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu
menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang
mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi
kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam
selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol
dalam darah.
Membantu
mengurangkan berat badan(PALING MENARIK!)
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
SUMBER