Thursday, November 20, 2014

Terik derita.

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Aku tau bukan mudah untuk menjadi diri aku yang sebenar,
Begitu susah payah aku lakukan namun gagal.

Aku tau bukan mudah untuk aku menjadi seperti mereka,
Gelak tawa sepanjang masa walhal aku derita terkesima.

Namun aku sedar bahawa ada yang melihat usaha aku,
Ada yang memerhati.
Ada yang cuba untuk meleraikan.

Ini adalah ujian semata untuk melihat betapa jauh hati aku mampu gagahi,
Namun sedikit ujian ini sudah cukup buat aku rasa terik.

Bantulah aku Ya Allah,
Hilangkanlah titik titik hitam yang sudah dilukis di hatiku.

Suci murnikanlah imanku,
Bawalah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Bukannya dimurkai.

Aku cuba.
Aku pasti segalanya tidak akan tersia
Oleh dosa dosa semasa,
Aku cuba--

Doakan dipermudah.


Sunday, April 6, 2014

Entri Denaihati Memang Berkualiti.

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Denaihati memang dikenali oleh semua rakan bloggers. Blog Denaihati juga merupakan salah satu blog yang sentiasa saya kunjungi untuk membaca entri entri yang disediakan. Semua entri yang ditulis oleh Denaihati memang sangat memberi inspirasi. Majoriti entri yang ditulis ialah perihal agama. Dalam masa yang sama, saya juga turut mempelajari ilmu ilmu yang baru saya ketahui.

Selain itu, Denaihati juga turut menulis tentang politik, isu semasa, teknologi dan banyak lagi. Beberapa hari yang lalu, Denaihati menganjurkan satu contest untuk mencari 5 artikel di blog beliau yang paling banyak disebarkan dari tahun 2012-2014. Maka, saya turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai contest ini. Di sebalik ada ganjaran yang disediakan, saya juga mengambil kesempatan yang ada untuk menelusuri entri entri lama Denaihati. Rupanya, semua entri yang berada dalam blog Denaihati sangat menarik untuk dibaca semenjak awal penubuhan blog tersebut pada bulan Julai 2008.

Di sebalik entri tersebut, Denaihati juga kerap mengadakan pertandingan pertandingan. Dan apa yang menariknya hadiahnya tersangatlah menarik. Sesuailah dengan tagline Denaihati iaitu HIDUPKAN UNTUK MEMBERI. Jikalau ada lagi dianjurkan pertandingan seperti itu, InsyaAllah saya akan sertai. Susah untuk kita jumpa blog seperti itu. Sangat pemurah.

Selain itu, ada entri berantai yang sangat menyentuh hati saya apabila membacanya.Terdapat 19 Part kesemuanya. Berbalik kepada contest tersebut. Saya sudah meneliti kesemua entri di Denaihati. Dan berikut merupakan 5 entri Denaihati yang paling banyak disebarkan:

1) Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia (9.4k Sebaran)

2) Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia (4.8k Sebaran)

3) Semak Saman AES Online (3.9k Sebaran)

4) Aqiqah Ramadan di Kemboja (3.0k Sebaran)

5) Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal (1.7k Sebaran)

Namun, ada juga beberapa artikel yang mendapat sebaran yang tertinggi, tetapi pada pengamatan saya, ianya bukanlah artikel asal daripada Denaihati. Sebaliknya, artikel yang datang daripada peserta kontes gajet impian. Berikut adalah artikelnya:

1) iPhone 4S Gadget Impian Yanmie (2.2k Sebaran)

2) MacBook Air Gadget Impian Ariff Shah (2.1k Sebaran)

Maka, itulah antara artikel yang mendapat sebaran yang tertinggi. Walauapapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Denaihati kerana mengadakan kontest seperti ini. Melalui kontes ini, serba sedikit saya dapat mempelajari ilmu yang baru. Syukran! Salam.

Monday, March 31, 2014

Masalah itu pengajaran.

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Allah S.W.T tidak akan membebani hambaNYA selagi mana dia mampu menghadapinya--
Itu yang aku pegang
Yang aku pegang erat

Mungkin--
Semua ini sudah tersurat dalam takdirNYA
Jadi aku perlu hadapinya

Kadang aku sangsi
Mengapa hidupku tidak seperti yang lain?
Mengapa hidupku tidak gembira seperti yang lain?
Mungkin ini semua balasan ke atas kesilapanku selama ini

Apapun aku tidak akan mengalah sampai di sini
Aku perlu teruskan
Bagi mengubah segala apa yang diimpikan
Semoga aku tabah

Kadang aku punya masalah sampaikan aku rasa tidak mampu untuk teruskan hidup

Sahabat atau Musibat?

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dulu--
Ketika di tahap sedang menuntut ilmu kecil
Mungkin kita fikir, kita anggap
Kawan yang ada ketika itu adalah kawan selamanya
Tiada henti
Tiada putus
Seronok bermain berjenaka

Sekarang--
Jumpa kian menghilang
Pandang kian mengaburi
Semua kenangan pahit manis habis kesemuanya
Aku lihat sahaja dari jauh
Memenung dari jauh
Tatkala teringat secebis memori terindah
Yang takkan kulupakan

Kini--
Saat aku memandang matamu
Aku umpama lukut
Langsung pergi begitu sahaja
Mungkin kau jumpa yang lebih baik dari aku
Atau sebaliknya

Kawan--
Biarpun aku hilang dalam ingatanmu
Tetaplah aku dalam memorimu
Andai itu sahaja mampu kau lakukan
Aku terima

Moga kau berjaya kawan. Kita sahabat selamanya.





Wednesday, March 12, 2014

Hari ke 6

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sudah masuk hari ke 6 misi pencarian pesawat MH370. Masih juga tidak dijumpai. Sesungguhnya semua ini Allah yg tentukan.

Sepanjang tempoh 6 hari ini. Banyak kes kes lain yang berlaku. Ada yang sampai memalukan negara. MASYAALLAH. Saya kurang setuju dengan penggunaan bomoh sebagai salah satu medium pencarian itu. Sanggat bercanggah dengan Islam. Tambahan pula, semua negara juga menyaksikan benda yang sama. Ya Allah malunya.


Tak cukup dengan itu, timbul pula satu kisah yg menunjukkan co pilot pesawat MH370 itu berfoya foya di kokpit bersama wanita luar negara. Secara tiba tiba sahaja keluar berita tentang tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Apa apa pun janganlah kita putus harapan untuk berdoa bagi para penumpang. Sekiranya mereka masih hidup, kita doakan keselamatan mereka. Sekiranya mereka ditakdirkan meninggal dunia, kita doakan agar mereka ditempatkan di kalangan org org yg beriman bagi yg beragama Islam.

Wallahualam.

Tuesday, March 11, 2014

"Segmen Pahit Itu Indah"

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.




Secara tiba-tiba hati ingin mengadakan segmen--
Segmen yang mudah

Bukannya apa
Suka membaca pengalaman org lain demi membangkit diri sendiri

Kadang kita tak tahu mana sumber untuk dikongsi bersama
Pahit, tawar realiti kehidupan

Maka sini tempatnya
Ayuh, aku sedia mendengarnya.

Syarat pun mudah senang diselenggara

1) Hanya perlu follow dan menjadi Google+ Followers
Apa salahnya jika ingin menambah teman. Usah gusar, anda akan ada kawan baru menantimu, iaitu aku.

2) Tulis pengalaman pahit yang pernah anda lalui dan bagaimana ianya membangkitkan anda. Jangan dilupakan tajuk entri "Segmen Pahit Itu Indah". Melebihi 10 patah perkataan dan tiada had maksimum

3) Di akhir entri anda selitkan "Segmen Pahit Itu Indah" dianjurkan oleh Pengajak Nurani.

3) Letakkan banner yang tertera dan backlink-kan ke laman ini.

4) Tinggalkan link entri anda di ruangan ini.

5) Tarikh tutup akan dimaklumkan. Aku rasa biarlah ia tiada penghujung. Andai tahun depan anda baru sertai. Aku tetap akan sematkan nama mu di side bar. Maka semua boleh lihat. Semua boleh membacanya.

Semua peserta yang menyertai segmen ini akan disematkan di ruangan khas bagi sama sama kita kunjungi dan menyelami setiap pengalaman pahit org lain yang membangkitkan jiwa raga mereka.

Tiada hadiah untuk segmen ini kerana kita sekadar ingin berkongsi pengalaman. Mana lagi kalau bukan kawan kawan yang saling mendengarnya. Kan?

Setelah di senaraikan, manis untuk kita sama sama menelusuri setiap permasalahan yang kawan kita kongsikan.

Moga segmen ini mendapat sambutan hendaknya. Biarlah hanya 1 sahaja yang menyertai.
Saya cukup hargai--

Wallahualam. Salam.

Monday, March 10, 2014

Lupa

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Lupa
Kadang kita lupa siapa kita sebenarnya
Dari mana kita datang
Apa tujuan kita didatangkan

Kau perlu tahu semua itu

Maka
Mengapa kau berpaling muka?
Mengapa kau merendahkan org lain?
Mengapa kau sedemikian?

Kadang manusia seperti ini harus diabaikan
Mereka lupa bahawa datangnya kekayaan daripada ibu bapa mereka
Mereka hanya guna harta kekayaan ibu bapa

Demi menunjuk nunjuk

Ingatlah wahai manusia.
Ulangkaji semula apa tujuan kita dihidupkan.

Fikir. Fikir kau siapa? Untuk buat semua itu.

#2 Maka

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kawan--
Sahabat
Taulan

Mungkin bagi kau kawan umpama hamba
Mungkin bagi kau kawan umpama harapan
Mungkin bagi kau kawan umpama pelengkap

Tidak kah kau tahu?--
Kawan penutup sekala duka
Kawan pelerai segala dusta
Kawan pemenuh masa nestapa

Walau apa pun jawatan kau peroleh
Kawan tetap ada

Perdana Menteri?
Adun?
CEO?

Sungguh kau juga punyai kawan.

Maka jagalah hati kawanmu
Maka tariklah perasaan kawanmu

Jangan dilukai hatinya
Suatu hari nanti pasti kau mencarinya

Kawan umpama bunga bungaan tersebar luas
Penyeri hidup, penawan perasaan.

"Berkawan biar seribu--
Berkasih biar satu--"

Maka. Maka. Maka.

#1 Maka

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Seandainya tidak mencinta--
Mengapa harus diungkapkan?
Mengapa harus diluahkan?
Mengapa harus diimpikan?

Seandainya tidak mencinta--
Mengapa setia dibiarkan berlalu?
Mengapa hati dibiar terpaku?
Mengapa kasih biar membeku?

Nafsu memain peranan--
Sungguh merasa semua jiwa bidadari
Sekadar pertunjukkan opera kepada segalanya
Gah di persada dunia

Aku punyai KEKASIH.

BEGITU KAU MAU?

Maka aku tertanya--
Mana letaknya jiwa perasaan seorang bidadara
Umpama kucing mencari cinta lalu dibiarkan berlalu pergi
Apa kau seperti binatang?
Apa kau mau sebenarnya?

Maka Sang Adam--
Jiwa benar katakan benar
Jiwa hitam sucikan murni

Maka. Maka. Maka.

Biarkan.

Assalamualaikum//
Segala puji bagi Allah yang memerintah Alam//
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita tergempar kehilangan pesawat MH379. Semoga Allah menjayakan misi pencarian pesawat itu.

Namun di sebalik senario ini, kehairanan berlaku apabila muncul watak yang tidak diduga. Apakah semua ini demi meraih publisiti, menjolok perhatian media atau sebagai hobi sampingan? Memang tidak diduga ramai yg mendoakan mereka yang berada di pesawat itu. Namun kita haruslah bersikap perikemanusiaan dengan menjaga tata tutur dengan tidak menyebarkan fitnah atau berita yang tidak benar.

Mungkin kita tidak berada di tempat mereka. Dan kita tidak merasa apa mereka rasa. Maka sebab itulah kita mampu membuatkan perkara yg serius menjadi kelakar yang hambar. Apa yg mengejutkan ialah lawak lawak ini adalah dilakukan oleh manusia yang mempunyai akal dan normal. Seorang yg berpendidikan dan berpewatakan yang megah. Namun perkara picisan seperti ini pun tidak mampu untuk kita bawa berfikir.

Mungkin suatu hari nanti akan tiba satu bala bencana yg menimpa kamu. Lalu tiada siapa hiraukan kamu kerana kamu ditimpa karma. Nauzubillah min zalik. Bukan itu sahaja malah di laman twitter penuh persepsi persepsi yang wujud daripada 'peramal' yg dtg secara tiba tiba. Penuh kontroversi. Boleh diukur tahap kecerdasan minda mereka melalui tindakan ini.

Apa apapun janganlah kita sekadar menyebarkan #prayforMH370 tanpa melakukan apa apa. Apakah lebih manis jika meluangkan 10minit untuk melakukan solat hajat. Itu mungkin lebih bermakna. Sama sama lah kita berdoa agar misi pencarian pesawat MH370 itu berjaya. Sekian. Wallahualam.