Wednesday, June 10, 2015

Contest Sitkom Yeos (Yeo's Menghantui Hidupku)

Assalam dan Salam 1 Malaysia.
Ini lagi satu video yang saya lakukan untuk pertandingan Sitkom. Saya memang suka gila kat yogurt yeo's ni sampaikan dia dah menhantui hidup saya. Video ini khas saya buat untuk #SBB2015 dan semoga saya menjadi salah seorang pemenang untuk memenangi GoPro itu.
Memang bukan mudah nak cari idea. Semoga anda semua enjoy melihat semua penyertaan saya.

poster-sitkom-contest-yeos 2015

Hadiah Istimewa (Untuk 3 Pemenang)
GoPro Hero 4 Silver
Produk Yeo’s
10 saguhati
Produk Yeo’s bernilai RM50.

Antara kebaikan minuman yogurt.

Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

Membantu mengurangkan berat badan(PALING MENARIK!)

Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.

SUMBER


Contest Sitkom Yeos (Teka-Teki bersama Yeo's)

Assalam dan Salam 1 Malaysia.

poster-sitkom-contest-yeos 2015 


Nampaknya SBB pada tahun ini sudah diumumkan tarikh majlis tersebut. Sepetang Bersama Blogger 2015 akan dilaksakan pada 13 Jun 2015 dan Alhamdulillah pada tahun ini saya berkesempatan untuk menyertai majlis tersebut.

Bersempena dengan majlis itu, pihak penaja telah mengadakan satu pertandingan sitkom yang saya kira cukup menarik untuk saya sertai.

Memang best bila buat video macam ni sebab sekali gus dapat hilangkan tekanan selepas seharian belajar. Jadi marilah sama sama menonton video ni ye kot kot dapat hilangkan stress sekali.

Semoga terhibur dengan video saya di bawah ni ya! Haha. Video ni pasal teka teki yang saya hubungkaitkan dengan yogurt yeo's. Sape dapat jawab nanti saya belanja gula gula sorang satu! hehe

p/s: Jangan lupa untuk doakan saya menang juga.



Ayuh sama sama sertai pertandingan ni! Hadiah menarik menanti kita semua.

Hadiah Istimewa (Untuk 3 Pemenang)
GoPro Hero 4 Silver
Produk Yeo’s

10 saguhati
Produk Yeo’s bernilai RM50.

Contest Sitkom Yeos (Tips cantik bersama Yeo's)



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Bersempena dengan SBB2015 yang bakal berlangsung pada 13 Jun ini, pihak penaja telah menganjurkan satu pertandingan sitcom bagi peserta yang berdaftar untuk acara tersebut. Alhamdulillah pada tahun ini saya dapat menyertai program ini. Dan gambar di bawah merupakan entri penyertaan saya untuk contest ini.

Hadiah yang ditawarkan juga amat menarik sekali dan pasti semuanya mahukan kemenangan ini.

Hadiah Istimewa (Untuk 3 Pemenang)
GoPro Hero 4 Silver
Produk Yeo’s

10 saguhati
Produk Yeo’s bernilai RM50.

poster-sitkom-contest-yeos 2015

Yogurt merupakan salah satu makanan yang dapat mencantikkan kulit badan dan illustrasi di bawah menunjukkan Yogurt mampu memberikan kesan positif dengan masa yang singkat! Hehe. Semua ni adalah gurauan semata mata dan moga rezeki saya kali ini untuk memenangi GoPro! Amiin.

Jom la kawan kawan yang berdaftar tu untuk join kontes ni! 

Komik ni saya buat untuk suka suka je dan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati. Enjoy!